Ahad, 19 Julai 2015

mercun tanpa otak

assalamualaikum,

hari ini, 19-7-2015, aku baru sampai dari kampung, berehat.
sedang enak2 melelapkan mata, pom, bunyi mercun, anak aku terperanjat semasa tidur. aku sangkakan budak nakal main, makin lama makin banyak, sekali kluar, lepak2 dengan aunty, bunyi lagi. eh, jilake sungguh ni.

aku yang naik angin ni mencari sumber letupan tu dan ternyata, jiran sama level yg main, aku pun suruh dia jgn main, dia kata suka hati dia lah, duit dia.

owh.

then senyap dalam 30 saat, main lagi.
mana tak nya, dapat sokongan jiran india.
so aku sound lagi, dia kata raya maaa, anak dia ok je, x terganggu pun, lagipun siang.

hmmmm,
ada benarnya kata2 dia tu, memang siang lagi tapi tu bukan lesen main mercun.
takat telur naga, aku pun x heran. ni mungkin mercun ketupat. kuat sangat.

so aku relax2 dulu dan termenung mengenangkan bangsa melayu yang dungu maksima.
kenapa?
bangsa yindia pasang pelita keliling rumah semasa menyambut deepavali sebab nama pun perayaan cahaya.
melayu pun pasang pelita.siap tebakor rumah lagi...
bangsa cina main mercun sebab nak halau roh jahat, tu pun limited time,
melayu pun main mercun.
siap putus jari lagi, pakej tambahan.

so kemana hala tuju puasa dan aidilfitri yang di sambut?
meriah pun beragak2 lah.
raya pun biar berpada lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan