Sabtu, 28 Mac 2015

tasik rekriasi seri alam

hujung minggu adalah hari santai bersama keluarga.

hari ni aku membawa mereka ke lokasi yang dah agak lama tak pergi, kira2 4 bulan sudah. tasik di bandar seri alam, di sini setahu aku ada 4 tasik.



TASIK A
tasik ni aku jarang pergi sebab under construction, so tadi pergi, dah cantik taw, ramai orang dah datang, persekitaran juga bersih sebab disediakan tong sampah, dan tong sampah juga digunakan sebaiknya.

29-08-2015
hari sabtu, seawal 650pg dah p sarapan, selepas sarapan, merayap ke tasik seri alam jap, wah, banyak dah kereta di sini.
park motor then teruslah meronda mengelilingi tasik sambil menikmati pemandangan berkabus di sana.











































TASIK B
tasik ni aku selalu pergi dengan anak bini sebab ia ada kemudahan joging dan tempat main untuk kanak2. ia juga ada waterfall buatan dimana menyediakan bunyi air terjun yang dirindui. ada juga tempat duduk dan satu tempat BBQ. ada segelintir peniaga berniaga makanan di sini setiap petang.

TASIK C
inilah tasik biru yang hangat diperkatakan tu. ia bertentangan dengan universiti kuala lumpur. ada signboard DILARANG MASUK tapi ramai je yg masuk buat2 tak nampak, aku pun pernah masuk. pemandangan memang cantik. bagi pencinta pemandangan dan kamera, bolehlah mengasah bakat di sini. tapi sila utamakan keselamatan.

TASIK D
tasik ni aku tak pernah pergi. nanti dah pergi, aku komen lagi d sini.

Sabtu, 21 Mac 2015

sepagi di muzium bugis, pontian.

assalamualaikum,

seawal jam 6pagi kami dah bangun dan bersiap, aku mendukung ahmad yg masih enak diulit mimpi, maknya mendukung munirah.

jam 645pg bertolak dari rumah,
perjalanan terhenti di shell perling untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan melalui tol perling(rm 2.30) menghala ke ulu choh dan seterusnya ke pontian.

dalam perjalanan ke muzium bugis ni anda boleh membeli sarapan dengan mudah selepas tiba ke pekan pontian dan menghala ke kukup kerana banyak gerai tepi jalan menyediakan pelbagai pilihan buat anda, tinggal nak pilih je.

jam 8 pagi kami sampai ke muzium bugis.

masa sampai tu air masih surut.

pemandangan jambatan dari arah laut


puan tengah bersantai dengan amoi

sebelum air pasang

air masih jauh lagi dengan tempat kami parking

mencoba fungsi PANORAMA kamera nokia x5-01

berlari ahmad nak main kat sini



baru habis bersenam



amoi memberi jelingan manja kat abah.

semua gambar di snap dgn menggunakan kamera hp nokia asha 302 dan kamera nokia x5-01