Khamis, 19 Februari 2015

cantik & terlarang...

assalamualaikum,

berjumpa lagi dalam entry kali ini, CANTIK DAN TERLARANG.

ia mengisahkan tentang kewujudan tasik biru di serata negara, ia memang cantik di pandang tapi dilarang untuk menjamahnya atas sebab2 keselamatan dan kesihatan.

pertamanya di kongsikan dari http://ibudamia.blogspot.com/2011/04/tasik-biru-ibam-muadzam-shah-pahang.html

tasik biru ibam @ muadzam shah pahang



=======================================================================

yg kedua di bau sarawak.
boleh view di sini
http://dcyberinfo.blogspot.com/2012/04/tasik-biru.html

=======================================================================

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,
BAIK LAGI NEGERI SENDIRI.

Yang terdekat dengan tempat saya, di seri alam.









jelas sungguh ye kebiruan tasik ini.

ni pula gelagat kami semasa naik ke tebing tasik.










untuk sampai ke top view sini, anda perlu mendaki sikit, so pakailah kasut dan pakaian yg sesuai.
tasik ni untuk bergambar mmg cantik, untuk mandi, tak sesuai.
peringatan kepada yang bawa anak kecik, sila pastikan ank2 anda memakai seluar panjang sebab sini senang tergelincir, takut luka.
bawa gak air botol kecik pasal berguna untuk basuh tangan dan penghilang dahaga memanjat bukit...

Sabtu, 14 Februari 2015

biskut dwi-fungsi

assalamualaikum,

bertemu lagi dalam entry yang tidak seberapa ini,
bila dah ada anak ni, mesti la kdg2 bawa ke kedai, maklumlah anak tu kan co-pilot.

semalam kami ke kedai, membeli sedikit keperluan dapur,
anak pula sibuk pilih upah dia, ok, dia pilih ini
sebagai upah dia, 
ok la nak,
balik tu buka dan dia mkn satu, then di sepahkan yg lainnya, budak,you know lah...
hari ni masuk bilik dia tengok biskut yg di sepahkan semalam masih belum dikunjungi semut, biar benar, biasa biskut tesco jatuh sikit pun sekampung semut datang, usung bawa balik.

aku kutip and gigit, masih rangup?
wow, bagus kompeni ni punya biskut, tahan lasak.

apa lagi, aku pun promote la kat bini tentang kebagusan biskut ni.
then wife kata, MUNGKIN BISKUT NI BOLEH BAKAR KOT, 
eh,
mana mungkin biskut boleh bakar, kan makanan tu.

dalam duk pk aku amek lighter dan cucuh.


hmmmmmm.....
renung2kan dan selamat ke nak mkn?
patut la semut pun tak sudi nak jamah.
tu makhluk allah yg tak de di kurniakan akal mcm kita tu.